Profil Kami

Pada sekitar tahun 2005, terdapat sekumpulan pelajara ICT telah dipilih untuk satu program ICT antarabangsa yang dikenali sebagai MONDIALOGO. Program ini terbantut di tengah jalan, lantas pihak pengurusan projek berkenaan merasakan bahawa kumpulan pelajar yang terlibat tersebut perlu disediakan satu platform untuk mereka. Maka akhirnya, sekumpulan pelajar yang serba berkebolehan dalam bidang kewartawanan dipimpin oleh guru-guru dan Kelab Kewartawanan SMKS9 atau WARTA9 ditubuhkan dengan rasminya pada Jan 2006, digabungkan dengan ICT pada tahun 2007 dan dengan Fotografi pada tahun 2008.

Selama ini, kami berusaha mengikuti berita semasa di sekolah kami dan telah mengubahnya menjadi berita sensasi dalam kalangan pelajar sekolah kami. Selaras itu, kami juga telah mengadakan liputan kewartawanan di luar sekolah. Perjumpaan Kelab Kewartawanan ini diadakan hampir setiap minggu di Pusat Rujukan Sumber yang terdapat di sekolah kami (Aras 3).

—————————————————————————-

Montaj Kelab Kewartawanan SMK Seksyen 9 Shah Alam


 
%d bloggers like this: