Dari Meja Pengetua…

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

“Sepakat membawa berkat” menjadi kata kunci kepada kejaya sesebuah organisasi, tidak kira  organisasi itu kecil atau besar, siapa pemimpinnya dan siapa pula yang dipimpin. Kata-kata itulah juga menjadi pendorong dan penguat semangat kepada setiap ahli dalam satu pasukan untuk menunjukkan kecemerlangan dan menempa nama sebagai juara.

Dengan semangat itu, dan dengan rasa penuh kesyukuran kepada Ilahi, saya amat berbangga dengan kejayaan yang pastinya berkat semua yang terlibat dalam Kelab Kewartawanan SMK Seksyen 9, Shah Alam. Sukar untuk saya menzahirkan kata-kata melainkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan guru-guru pemimpin dan juga ahli-ahli kelab yang sentiasa berusaha membuktikan kecemerlangan. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjadikan bidang kewartawanan satu inovasi yang memberi pelbagai faedah kepada semua warga SMK Seksyen 9. Pelajar-pelajar terutamanya, dapat mengalami proses pembelajaran yang sebenar dalam kewartawanan selain dari mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam berkomunikasi.

Bagai aur dengan tebing, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Justeru, teruskanlah perjuangan semua untuk membuktikan kejaguhan SMK Seksyen 9 sebagai sekolah ulung dalam segala bidang yang diceburi.

Sekian, salam tulus ikhlas daripada saya,

HAJAH MAIZAN MOHD NOR
Pengetua
SMK Seksyen 9
Shah Alam


 
%d bloggers like this: